Classic Italian Sponge Cake

As-Salam & Hi..


Saya suka mencuba pelbagai resepi. Dan resepi2 barat adalah antara makanan yang saya gemari. Melayari pelbagai laman web, saya terhenti di laman milik Anna Maria Volpi. Hidangan pencuci mulut @ manisan klasik Itali. Cubalah yang kek span ini. Anda pasti suka, rangup tapi lembut. Hmmph... bagaimana tu.


5 telur gred 'A'
1 tsp esen vanilla
150gm gula halus
110gm tepung gandum
50gm tepung jagung
Secubit garam


1. Panaskan ketuhar 175C. Dan alaskan acuan dengan 'Grease Proff Paper' serta lenserkan majerin @ shortening pada acuan. Taburkan dan ratakan tepung.
2. Dalam mangkuk yang sama, pukul telur, esen vanilla dan gula selama 10-15 minit dalam kelajuan sederhana. Sehingga adunan menjadi kembang dan teksturnya halus.
3. Campurkan dan ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan garam ke dalam adunan telur tadi.
4. Menggunakan teknik kaup balik, sebatikan tepung dengan adunan dan gaul rata.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan ratakan dengan spatula. Bakar 30-45mint @ sehingga keemasan
6. Lengkangkan dari acuan. Tanggalkan kertas alas tadi dan terbalikkan pada grid dawai hingga sama dengan suhu bilik.


0 comments:

Post a Comment


Followers

Live Traffic by Feedjit

Pageviews since 101210